Soalan Lazim Berkaitan Produk MonaVie

Kolesterol dan Monavie

Adakah Monavie membantu menurunkan kolesterol yang tinggi?

Ya, ia membantu!

Raja kepada ‘super’buah, Acai mengandungi beberapa komposisi Omega-6 dan Omega-9 Essential Fatty Acids (EFAs) seperti yang ada di dalam minyak zaitun . EFA ini membantu mengurangkan LDL (Kolesterol yang tidak sihat) dan pada masa yang sama, memastikan yang HDL (Kolesterol yang bagus) diletakkan dalam keadaan yang baik.

Juga, Monavie dan kolesterol adalah di dalam peperangan yang berterusan disebabkan fitosterol dan fiber diet yang terdapat dalam acai. Kedua-dua elemen ini bertanggungjawab untuk kesihatan dan kelancaran sistem pencernaan dan kardiovaskular. Ia juga dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol yang tidak sihat dalam darah.

Kajian

”Radikal bebas adalah molekul yang tinggi kadar reaksinya dan berkait rapat dengan proses degeneratif penuaan. Radikal bebas juga mencuri elektron dari sel yang sihat yang akan merosakkan sel-sel. Ia adalah kesan dari proses metabolisma yang terjadi di dalam tubuh badan dan juga kesan dari pendedahan kepada pencemaran alam sekitar seperti asap rokok, asap tercemar, bahan kimia yang berbahaya, toksin dan cahaya matahari. Antioksida yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran membantu kita melawan dari terkena kesan pendedahan kepada radikal bebas”.

Satu kajian yang dijalankan oleh Makmal Bebas di Amerika Syarikat dari Natural and Medicinal Products Research Division of AIBMR Life Science mengkaji samada meminum Monavie Active akan memberi kesan kepada aktiviti antioksida pada tahap serum manusia. Kajian ini bermula dengan ”pilot study” dan diikuti dengan artikel dan semakan berkala.

Kajian utama mengukur 2 aktiviti antioksida:

1- Kajian terhadap Thiobarbituric Acid Reactive Substance (TBARS), kajian yang terbukti untuk mengimbas dan mengesan lipid peroxidation dan;

2- Kajian Reaktif Oxygen Stress in Red Blood Cells (ROSRBC) untuk mengukur keupayaan antioksida untuk menembusi sel hidup dan memeliharanya dari kerosakan.

Kajian secara Klinikal

Kaedah Kajian

Kami mengarahkan satu kajian yang mengandungi 12 peserta, yang telah mengambil Monavie Active dan placebo pada 2 tahap yang berbeza. Kesemua peserta dimaklumkan bahawa yang mereka ambil adalah Monavie Active. Setiap rawatan dipisahkan dengan 7 hari ‘pembersihan’ di mana peserta tidak mengambil Monavie Active. Placebo itu mengandungi 2 kapsul yang menyerupai Monavie Active. Sampel darah diambil dari para peserta yang mengambil Monavie Active dan placebo, dan pada 1,2 jam selepas pengambilan itu untuk mengukur tahap antioksida.

Para peserta dipilih secara rawak untuk mengambil samada Monavie Active atau placebo. Keputusan dibandingkan secara individu dan kumpulan.

Keputusannya. Kajian TBARS yang mengukur lipid peroxidation menunjukkan banyak aktiviti antioksida pada peserta yang mengambil Monavie daripada peserta yang mengambil placebo. Pengesanan terhadap lipid peroxidation didapati berkurang sebanyak 83.3% pada peserta yang mengambil Monavie. Secara statistiknya, kesan dari ukuran ini menunjukkan kesan positif pada kadar (p=0.004).

Kajian ROSRBC secara sel menunjukkan para peserta yang mengambil Monavie Active mengalami peningkatan aktiviti antioksida selepas 1 dan 2 jam. Secara individu, peserta mengalami peningkatan sebanyak 82% iaitu peningkatan yang kecil atau sederhana dalam sel tubuh mereka. Secara statistik, kesan positif dari keputusan ini menunjukkan kadar (p=0.003)

Kesimpulannya, Monavie Active telah menunjukkan bahawa peningkatan aktiviti antioksida di dalam serum manusia yang akan mengurangkan lipid peroxidataion di dalam salur darah dan terdapat bukti kukuh menunjukkan Monavie Active memberikan antioksida yang dapat menembusi sel-sel dalam tubuh badan manusia.

Kajian ini menunjukkan dengan jelas bahawa meminum 4 auns Monavie Active yang mengandungi Acai Berry dari Brazil, dapat meningkatkan kapasiti antioksida dan mengekang lipid peroxidation yang dapat mengurangkan kadar kolesterol yang dioksidakan. Kolesterol yang dioksdakan telah terbukti menyumbang kepada kerosakan di dalam saluran darah arteri.

Sumber: http://www.aibmr.com

Diabetis & Monavie

Monavie dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit, akan tetapi adakah Monavie boleh merawat atau sekurang-kurangnya melawan penyakit diabetis? Adakah pesakit diabetis boleh meminum Monavie?

Kita akan selidik fakta berkenaan Monavie dan diabetis, yang mana diharap boleh memberi jawapan samada Monavie sememangnya berkesan merawat diabetis atau tidak. Pertamanya, mari kita lihat persamaan antara Monavie dan diabetis. Yang jelas, hubungan antara keduanya adalah Monavie mengandungi intipati yang sememangnya memusuhi dan membenci diabetis.

Monavie dan diabetis

Fakta #1: Acerola Cherri, salah satu buah-buahan dalam Monavie yang sememangnya kaya dengan mineral, vitamin dan antioksida. Selain itu, acerola cherries memerangi diabetis sejak dahulu lagi.

Kenyataan bahawa orang asli telah mengamalkan acerola cherri telah disahkan dan diterima ramai, selain dapat menyembuhkan lain-lain penyakit.

Fakta #2: Chokeberri Hitam atau Aronia telah digunakan dengan berkesan untuk melawan menentang penyakit berkaitan dengan jantung dan juga kanser. Tapi adakah Monavie dapat membantu pesakit diabetis? Jawapannya, ya ia dapat membantu. Aronia dan khasiatnya telah telah lama digunakan sebagai makanan anti-diabetis.

Fakta #3: Bilberri, saudara terdekat kepada blueberri sememangnya terkenal kerana keberkesanannya dalam menguatkan kapilari mata. Juga, bilberi digunakan untuk melambatkan proses penuaan, rabun malam, dan yang paling utama – ia memperlahankan kesan diabetis kepada mata.

Fakta #4: Blueberri pula bertindak sebagai antioksida yang hebat, dan  banyak menyumbang kepada kesihatan umum kita agar kita kelihatan segak, sihat dan muda. Juga, blueberri telah lama digunakan sebagai makanan anti-diabetis.

Fakta #5: Promegranate, salah satu intipati yang terdapat dalam Monavie; yang sememangnya tinggi kadar anti-oksidanya selain dari wain merah, jus oren, teh hijau dan jus cranberri.

Promegranate secara umumnya sangat berkesan untuk membersihkan plak dari dinding arteri dalaman dan kajian terkini meunjukkan bahawa ia telah lama digunakan untuk mengawal diabetis.

Fakta #6: Buah Prun sememangnya tinggi dari kandungan mineral, phenols, dan tertinggi dari kajian ORAC. Proses pengeringannya telah mengakibatkan kandungan antioksida di dalamnya meningkat 6 kali ganda. Kajian juga menunjukkan bahawa prun boleh digunakan untuk merawat penyakit berkaitan dengan penuaan dan juga merawat diabetis.

Fakta #7: Wolfberi juga dikenali sebagai “herba ketahanan”, ia mengandungi kombinasi yang berkesan – polisakrida dan antioksida yang sememangnya boleh meningkatkan ketahanan sistem imunisasi kita.

Antara masalah kesihatan yang boleh dirawat dengan wolfberi adalah diabetis.

Maka, nampaknya kita sudah dapat pemenang antara diabetis dan Monavie, tapi kita masih belum selesai. Mungkin anda masih belum pasti bahawa pesakit diabetis boleh minum Monavie dan berasa lebih baik. Mungkin juga semua yang telah dinyatakan ini, belum cukup untuk meyakinkan anda. Oleh itu, kita selidik lebih dalam lagi.

Fakta #8: Kandungan Glycemic dalam Monavie adalah serendah 4 gram dan 2 carb per 1 oz, maka Monavie tidak akan meningkatkan kadar gula dalam badan pesakit diabetis. Oleh itu, Monavie adalah selamat untuk pesakit diabetis.

Fakta #9:

Soalan: Pesakit diabetis sesuai untuk mengambil Monavie Active?

Jawapan: Secara teknikal, glucosamine adalah karbohidrat. Ianya tidak boleh ditukar kepada glukosa di dalam badan; maka ianya tidak akan menghasilkan penambahan dalam sumber glukosa. Sekiranya anda pesakit diabetis, rujuk terlebih dahulu dengan doktor anda dan kerap lakukan pemeriksaan kadar gula dalam darah. Banyak faktor yang menyumbang kepada turun dan naik kadar gula bagi pesakit diabetis. Kajian menunjukkan bahawa glycosamine tidak memberi kesan kepada kesensitifan insulin dalam tubuh manusia (Pouwels 2001)

Fakta #10:

Soalan: Adakah produk Monarch selamat untuk Diabetis Type 1?

Jawapan: Jarang sekali untuk pesakit Diabetis Type I yang mengalami obesiti, dan dalam kes ini, adalah seringkali Diabetis Type I tersalah diagnos dan sebenarnya ia adalah Diabetis Type II. Seperti yang dinasihatkan sebelum ini, jalani pemeriksaan dengan doktor anda dengan kerap. Dengan diabetis, sememangnya dinasihatkan untuk memeriksa kadar gula dalam darah dengan kerap terutamanya selepas sebarang perubahan dalam diet anda.

Dan disertakan di sini adalah testimoni pesakit diabetis dan Monavie:

Saya berumur 27 tahun, dan bekerja di Bounty Hunter di Chicago selama 8 tahun. Dalam 4 tahun lepas, saya mengalami kebas di kaki saya. Untuk berjalan sememangnya sukar bagi saya, kerana rasa kebas ini menyebabkan saya hilang keseimbangan ketika berjalan. Doktor memberitahu saya bahawa saya menghidap Diabetis Type II dan telah mengalaminya sejak 5-6 tahun lalu. Lalu, saya mencuba ‘Acai Active Blend’ pada Januari 8, 2005 dan pada Mac tahun yang sama, saya telah dapat merasa semula kaki saya.Berjalan menjadi normal kembali dan mudah, dan lutut saya sudah tidak sakit lagi.

Saya minum sekurang-kurangnya 3 auns setiap hari. Saya juga memberikan anak perempuan saya yang berumur 5 tahun, 2 auns ‘Acai Original Blend’ setiap hari. Selepas 6-8 minggu, saya mula nampak yang dia semakin tenang dan rileks. Dia semakin berubah dari keadaan dia sebelum minum jus ini. Guru di sekolahnya juga nampak perubahan pada anak saya ini dan kebanyakan kerjanya siap pada masa yang ditetapkan, tahap perhatiannya meningkat dan tidak agresif ketika bermain. Produk ini telah membawa perubahan drastik pada saya dan keluarga dan saya sangat menghargainya.

~Shaun Lawrence – Colorado

Kesimpulannya, bolehkah pesakit diabetis minum Monavie? Bukti sudah menunjukkannya. Tetapi, sebelum mengambil Monavie untuk merawat Diabetis atau penyakit lain, rujuk kepada doktor yang pakar terlebih dahulu. Setiap kes diabetis adalah berbeza dari satu kepada yang lain. Walaupun Monavie biasanya dapat mengalahkan diabetis, pastikan anda mendapatkan pendapat pakar terlebih dahulu.

Arthritis & Monavie

Adakah Monavie boleh memulihkan atau sekurang-kurangnya membantu pesakit arthritis?

Monavie diperakui telah membantu ramai orang di seluruh dunia. Dalam sesetengah kes, mereka telah sembuh sepenuhnya dari penyakit yang dialami sementara yang lain, kesakitan yang dialami berkurangan dan tahap kesihatan mereka telah meningkat. Sebenarnya, tiada istilah minuman kesihatan ‘ajaib’ dan tiada jawapan mutlak kepada pertanyaan samada Monavie boleh menyembuhkan arthritis atau tidak. Ia boleh memulihkan sesetengah pesakit arthritis manakala sesetengah yang lain, Monavie mungkin tidak berkesan memulihkannya.

Kajian-kajian sedang giat dijalankan sekarang untuk mengkaji samada Monavie dan arthritis mempunyai persamaan (samada Monavie boleh menyembuhkan arthritis). Sebenarnya, ujian sebenar dilakukan terhadap buah yang utama dalam Monavie, Acai. Acai adalah ‘super’buah yang hebat dan mempunyai keupayaan untuk memulihkan pelbagai penyakit.

Acai berri yang terkandung di dalam Monavie, telah terbukti dapat menyembuhkan arthritis pada seseorang yang melawan arthritis dari berkembang dalam badannya (ini bermakna acai berri juga dapat mencegah penyakit arthritis dari awal). Terdapat beberapa kes di mana pesakit arthritis telah berjaya pulih sepenuhnya.

Di bawah adalah sebahagian testimoni pesakit arthritis yang mengambil Monavie:

Arthritis semenjak kecil

“Saya telah didiagnoskan mengalami arthritis sejak 45 tahun yang lalu…seringkali sakit-sakit pada sendi dan telah menjalani penukaran tulang pinggang. Sekarang ia melarat kepada kaki saya, buku lali dan lutut saya. Terlalu sakit untuk membuat sebarang aktiviti fizikal dan hanya boleh berjalan sedikit dalam 20 tahun ini dan terpaksa memakai seluar yang panjang untuk menyembunyikan penyakit saya ini. Saya mulai minum Acai Berry pada tengahari hari Rabu yang lalu dan dalam 2 jam selepas itu, kecutan di kaki saya telah hilang. Pada hari jumaat selepas itu, saya telah boleh berjalan tanpa rasa sakit!. Saya benar-benar terkejut dan kagum. Sejak Rabu yang lalu, saya tidak ambil sebarang ubat langsung. Pengalaman seminggu ini memang membuatkan saya kagum dan ajaib bagi saya. Seingat saya, saya tidak pernah mengalami perasaan seperti ini seumur hidup saya. Akhirnya, hidup saya kembali ceria”.

~Margaret Butler, New Zealand

Monavie dan Arthritis

Arthritis sejak kecil

“Anak saya, Micheal berumur 12 tahun. Sejak kecil selalu sakit dan tidak bertenaga. Tiga tahun lalu, dia didiagnoskan dengan arthritis. Doktor yang terbaik di tempat kami telah memberikan dia Ondanstetron, Methotrexate (pil dan suntikan) dan Apo-Naproxen. Akibatnya, dia mengalami banyak kesan sampingan, namun tiada peningkatan dari situasi yang buruk itu. Dia kelihatan pucat, tidak gembira, dan terpaksa bergantung kepada orang lain untuk bergerak. Dia tidak seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Selepas saya memberi dia minum Acai Berri, dia sudah boleh menguruskan dirinya sendiri. Kembali bertenaga, dan seleranya bertambah. Micheal yang sekarang boleh bermain dengan kawan-kawannya, sesuatu yang dia tidak pernah  lakukan sebelum ini. Dengan ini, saya yakin Micheal boleh membesar dan hidup normal seperti kanak-kanak yang lain”.

~Margaret Koralewski

Ibu kepada Micheal Koralewski, B. Columbia dan Alexandra Olga, nenek kepada Micheal Koralewski

Degeneratif Arthritis

“20 tahun yang lalu, saya telah didiagnoskan dengan arthritis degeneratif. Saya sukar bergerak dan berasa sangat sakit. Saya tidak mampu mengangkat stapler, beg tangan saya ataupun segelas air. Selepas bekerja, saya akan menangis dengan kesakitan di pinggang saya. Saya tidak mampu bangun dari kerusi saya. Sakit pinggang saya ini membuatkan saya sukar berjalan dan ini membuatkan saya malu. Sebelum menghabiskan sebotol Acai Active Blend, kesakitan saya di sendi-sendi ini telah hilang sepenuhnya”.

~Patricia Atcheson, Virginia

Maka, setelah anda melihat pesakit-pesakit arthiritis yang mengamalkan Monavie ini, anda harus berasa yakin bahawa Monavie mampu menyembuhkan arthritis dan membantu kesihatan tubuh kita

Detoksifikasi dan Monavie

Adakah Monavie berfungsi sebagai Detox?

Ya. Monavie adalah agen Detox yang hebat.Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

Mengapa Perlu Detoksifikasi?

Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksid. Keadaan menjadi semakin serius apabila toksid ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien).

Kehadiran toksid inilah yang menyebabkan gejala seperti:

·         mudah letih

·         mengantuk

·         sembelit

·         darah tinggi

·         gula dalam darah

·         serangan jantung

·         sakit-sakit sendi

·         kegemuruhan

·         kebimbangan

·         cepat marah

·         kegagalan buah pinggang

PUNCA KERACUNAN

1. Faktor pemakanan

Makanan siap-proses (segera) dipenuhi dengan kimia merbahaya seperti bahan awet, pewarna, perasa tiruan dll.

2. Faktor pencemaran

Udara beracun akibat pencemaran asap daripada kilang-kilang, kenderaan, sementara air dicemari melalui pembuangan sisa toksid dan sebagainya.

3. Hasil pertanian yang beracun

Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia.

4. Gaya hidup

·         diet yang tidak seimbang dan teratur

·         merokok, minum minuman keras

·         pengambilan ubat yang mengandungi dadah

·         tidak beriadah

KESAN KERACUNAN

·         sistem imunisasi merosot

·         bertambahnya penyakit pada usia muda

·         kadar kesuburan yang rendah dengan kerosakan sperma

·         kemerosotan IQ dan berlakunya tekanan mental

·         penyakit yang ada tidak upaya disembuhkan

PROGRAM DETOKSIFIKASI

Program ini bertujuan untuk memantapkan kesihatan dengan permbersihan tubuh daripada toksid disamping menyediakan zat makanan yang diperlukan melalui pengambilan herba ubatan. Bila sesuatu sel dipenuhi dengan toksid, ia akan menjadi lemah dan tidak berupaya mengeluarkan toksid dan bahan buangan. Oleh itu proses pembersihan ini akan meningkatkan keupayaan tersebut.

1. Detoksifikasi Hati

Hati merupakan organ terbesar pada tubuh dan sudah tentu ia mempunyai banyak fungsi penting untuk kesihatan badan. Setiap fungsi hati saling berkaitan diantara satu sama lain, jika satu fungsinya terganggu, ia akan menjejaskan sistem tubuh yang lain dan kegagalan fungsi hati akan mengakibatkan pelbagai komplikasi atau kesan buruk.

2. Detoksifikasi Kolon (Usus)

Amat penting bagi kita memberi perhatian kepada penjagaan usus. Usus besar yang sihat akan menghapuskan toksid yang terhasil dan dapat dikeluarkan dengan secepat mungkin. Jika tidak dikeluarkan segera, ia akan menyerap ke dalam sistem edaran darah dan seterusnya disimpan di dalam badan. Proses ini dipanggil autointoksikasi.

3. Detoksifikasi Ginjal

Setiap gangguan atau “over-work” pada ginjal akan mengakibatkan ginjal terganggu fungsinya. Salah satunya ialah berlaku peradangan pada glomeruli. Ini menyebabkan aliran darah ke ginjal sebagai alat penyaring sisa toksid yang membahayakan tubuh menurun sehingga 50%. Pembuangan air kecil akan berkurangan sehingga separuh daripada pengeluaran normal.

4. Detoksifikasi Darah

Manusia umumnya mempunyai lebih kurang 5 liter darah, tetapi isipadunya bergantung kepada faktor umur, jantina, bangsa, diet, ketinggian dan berat badan. Darah mengangkut oksigen kepada tisu-tisu badan dan mengangkut keluar bahan buangan.

OMEGA-3 berperanan meningkatkan sistem imuniti tubuh. Ia juga digunakan dengan efektif untuk masalahIrritable Bowel Syndrom (IBS) seperti spastic colon dan mukos colitis termasuklah masalah skencin.OMEGA-3 dan serat secara bersama mewujudkan keadaan baik pada bowel. Ia juga akan meningkatkan fungsi sistem imuniti.

Kandungan EPA yang terdapat dalam OMEGA-3 akan bertindak ke atas himpunan lemak yang terdapat di saluran arteri. Arteri dibersihkan dan seseorang itu akan terhindar daripada arteriosclorosis dan tidak perlu menjalani pembedahan coronary bypass bagi membaiki sistem peredaran darah. OMEGA-3 juga berperanan untuk mencairkan darah dan dengan itu peredaran darah akan menjadi lebih lancar.

5. Detoksifikasi Sistem Limfotik

Sistem limfotik adalah mekanisme imunisasi yang penting dalam tubuh di mana pembuluh dan nodus limfamembentuk jaringan unik ini. Nodus limfa tersusun secara berkelompok di sekeliling tubuh, termasuk bahagian leher, ketiak dan groin. Tanpa sistem limfa, kita tidak mampu bertahan lama. Sisa buangan dalam tubuh yang tidak dapat disingkirkan akan menimbun dan seterusnya menyebabkan komplikasi dan kematian.

TANDA-TANDA DETOKSIFIKASI

Tanda-tanda ini menunjukkan keberkesanan jus Monavie melakukan proses detoksifikasi. Ia bukan kesan sampingan tetapi merupakan proses kesembuhan sedang bermula dan jus Monavie sedang melakukan proses penyingkiran toksid. Tanda-tanda ini tidak lama jika kita terus menggunakan jus Monavie dan ingatlah bahawa pengubatan yang tidak dimulai dengan proses detoksifikasi sukar untuk disembuhkan.

·         Sakit kepala terutama di bahagian belakang.

·         Keluar penyakit kulit.

·         Sakit pinggang.

·         Batuk dan berkahak.

·         Demam sedikit.

·         Selsema.

·         Sakit sendi dan kaki.

·         Muntah dan loya.


About ZonaN
http://www.facebook.com/LoRd.ZoNaN

One Response to Soalan Lazim Berkaitan Produk MonaVie

  1. Tobias says:

    This design is spectacular! You certainly know how
    to keep a reader amused. Between your wit and
    your videos, I was almost moved to start my own blog (well,
    almost…HaHa!) Wonderful job. I really enjoyed what you had to say, and more than that, how
    you presented it. Too cool!

Tinggalkan Komen dan Pendapat Anda di sini !!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: