ZoNaN Story

Gambar sewaktu Monavie Malaysia Grand Opening, Ruby Recognition 17 April 2010

 

SALAM PERKENALAN

Salam Sejahtera. Selamat Datang ke blog saya. http://www.zonanworld.wordpress.com. Tujuan utama saya menulis blog ini ialah untuk berkongsi Produk, Peluang Perniagaan, Pengalaman dan Informasi berkaitan dengan MonaVie dan industri MLM. Selain itu supaya ahli-ahli SMG boleh mengenali saya dengan lebih dekat lagi. Saya selalu ingatkan diri saya,  “Business is Relationship”. Dengan menulis, saya boleh mengekspresikan diri saya, pendapat dan pandangan saya dengan lebih baik, dan secara tidak langsung boleh merapatkan hubungan silaturrahim di antara kita. Zaman telah berubah, internet boleh menjadi penyambung ikatan antara insan. Jika ada akaun facebook, add saya di muhd_dzulnun@yahoo.com

Muhammad Dzulnun Huraira

SMG (Star Maker Group) ialah kumpulan yang ditubuhkan khas untuk membantu ahli-ahli dalam network saya menjalankan perniagaan MonaVie secara sistematik dan professional. Saya berharap blog ini secara tidak langsung dapat membantu anda semua menjalankan bisnes MonaVie. Doa saya sentiasa untuk kalian. SMG maju.

Robert T.Kiyosaki mengesyorkan Multilevel Networking Business

Monavie ialah sebuah syarikat MLM @ Networking. Saya tahu ramai di antara anda dengar je MLM, dah undur setapak. Saya tak salahkan anda kerana saya dulu pun macam tu jugak. Tapi lagi teruk, kalau anda undur setapak saya dulu undur 10 tapak. Hakikatnya ramai di antara kita sebenarnya tidak tahu APA ITU MLM? Ini ialah rentetan kisah yang berlaku dalam hidup saya, sehingga saya menjadi Big Believer dalam Industri MLM ini.

Saya harap dengan menulis kisah saya ini dapat menukar pandangan masyarakat dan mengubah persepsi ramai orang terhadap MLM @ Networking.

Bagi saya MLM ialah satu Industri yang boleh mendatangkan pendapatan Lumayan dan satu pilihan terbaik  untuk dijadikan sebagai karier sepenuh masa.

Believe in Your Dream!

 

 

 

SEJARAH BERMULA

Saya mula mengenal dunia MLM ini beberapa tahun yang lepas. Orang yang bertanggongjawab menjerumuskan saya dalam MLM ini ialah bekas cikgu, seorang leader besar dalam MLM. Telah mengutip jutaan ringgit sepanjang menceburi bidang MLM ini. Beliau merupakan antara SIFU MLM saya.  Apa yang membuatkan saya tertarik pada ketika itu ialah konsep Gandaan atau dalam sainsnya kita panggil ‘COMPOUNDING’. Bagaimana dengan usaha tidak sampai 10 orang kita boleh mendapat jualan dari ribuan orang malah jutaan orang. Ini kerana matematik merupakan subjek kegemaran saya. Saya orang engineering, berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal. Sebelum ni bukan takder orang approach saya dengan MLM, tapi semua memang kena bambu dengan saya. Mereka ni tak dapat meyakinkan otak kiri saya dengan fakta, yang mereka tahu tunjuk cek, tunjuk kejayaan upline, semua cerita imaginasi. Tapi bila Sifu saya ni cerita, orang pengalaman bercakap, baru terbuka mata dan mata hati saya tentang Industri ini. Hahaha baru padan muka saya. Dulu negatif sangat.  Bagi saya inilah satu Modul Perniagaan terbaik alaf millenium ini. Sejak dari itu hingga sekarang, saya masih lagi belajar dari orang lama dan membaca buku-buku tentang MLM. Inilah detik permulaan yang mengubah segala pandangan saya tentang MLM, tentang perniagaan dan akhirnya mengubah haluan karier hidup saya.

CITA-CITA DAN KARIER PERTAMA SAYA…. ENGINEER

Sekarang saya menjalankan perniagaan MonaVie ini FULLTIME. Tetapi ini semua tidak berlaku secara tiba-tiba. Banyak episode-episode yang terjadi sebelum ini sehingga akhirnya saya memilih MLM sebagai satu karier dan Monavie sebagai landasannya. Kita imbas kembali beberapa tahun yang lepas, Sebaik sahaja tamat pengajian, saya bekerja sebagai Engineer di sebuah kilang terkenal. Anda tahula kerja swasta, masuk 8.30 pagi, saya balik biasa 8 malam. Memang kena kerah habis. Overtime xder, sebab pangkat executive. Engineer ni bunyi gempak, kerja adussshhhh. Buat pengetahuan anda, inilah cita-cita saya dari kecil.. nak jadi Engineer.

BUDAK HINGUSAN NAK BERNIAGA………..

Tak lama, 6 bulan sahaja. Saya ambil keputusan nak resign. Kenapa saya berhenti? Sebab nak berniaga. Nak jadi kaya. Nak jadi Jutawan. Saya percaya dan YAKIN yang 9/10 rezeki itu adalah dari perniagaan. Dengan sedikit modal sendiri, pinjam FAMA (father and mother) huhu, lepas tu buat Loan dari MARA, saya memulakan satu perniagaan Trading  (bidang automotif) dengan modal keseluruhan lebih Rm150,000. Inilah pekerjaan saya untuk 3 tahun selepas itu. Selama 3 tahun menjalankan ;conventional business’ banyak yang saya pelajari. Bisnes okla. Income bolehla bayar sewa, gaji, bil2, duit keta… senang cerita boleh la hidup.  Tapi saya tak dapat income macam mana yang saya harapkan. Segala-galanya berlainan dalam real life.  Bisnes bukanlah seperti yang saya gambarkan semasa saya kerja makan gaji dulu. Penuh dugaan dan cabaran.Kadang-kadang duit nak isi minyak pun xder. Tapi bila jualan bagus ..masyuk. Dalam tempoh 3 tahun tersebut, banyak yang saya pelajari tentang dunia perniagaan. Rupa-rupanya sebelum ini baru saya sedar saya tak tahu apa pun tentang bisnes. Dah buat baru tahu. Betullah kata orang berniaga kena rajin, kena tabah, kena kreatif, kena tebal muka, ada pasang surut, persaingan hebat dan macam-macam lagi yang sebelum tu saya ingat semua saya dah tahu. Dah buat baru tahu.

MENGENALI BISNES INSURAN…….

Pada tahu ke3 berniaga, saya mula cuba mencari side income tambahan. Sambil berniaga trading, jaga kedai, saya join insuran. Sebab saya ada degree, saya terus dapat pangkat Unit Manager. Banyak jugakla client. Saya pernah dapat paling banyak extra rm2000 sebulan. Tapi yang penting, banyak ilmu saya pelajari dalam kelas insuran. Bagi saya MLM dan insuran ni asasyer lebih kurang sama. Bisnes bercakap. PR kena bagus. Semangat kena kuat. The more people u see, the better result and income you will have.

KERJA KERAJAAN, PTD……………….

Dalam pada itu, saya memohon secara online untuk kerja kerajaan. Mohon nak jadi PTD. Saya mohon pun sebenarnya lebih atas desakan parent saya, yang kesian tengok saya tak tentu arah bisnes. ‘ Kau ada degree, payah2 belajar nak jadi engineer,  pglah keje, xpayah pening2 kepala macam ni’ saya rasa beratus kali masuk telinga saya. huhuhu. Saya tak salahkan diorang, ini salah saya, saya tak dapat membuktikan yang saya boleh berjaya dengan berniaga. Mak bapak mana tak risau kat anak kan? Ditambah pulak  Ayah saya ialah ex PTD.

Nak jadikan cerita, saya dipanggil untuk hadir test PTD. Pada ketika ini saya masih bukak kedai lagi. Test pertama saya LULUS. Dari berpuluh ribu calon cuma 3000 lebih sahaja yang lulus fasa pertama. Panggil pulak test ke2, pergi Intan. Perghhh bukan senang kena berlari, kena buat ucapan umum, kena public speaking kena debat, test 3 hari. Rezeki saya, Lulus lagi. Mungkin sebab doa mak bapak dan saya memang dah biasa bercakap agaknyer. Dari 3000 org tadi yang Lepas cuma 600 orang.  Pangil pulak test ke3, interview. Tapisan ke3 ni paling ramai orang Gagal. Alhamdullilah rezeki saya, tergolong dalam 200 orang yang berjaya. Selepas pergi kursus PTD unggul 2 minggu, saya ditugaskan berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah atau panggilan famousnyer ADO. Setelah penat berfikir, saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga dan berhenti buat insuran, tutup kedai… pergi kerja.

KARIER BARU, A.D.O !!!

Bertugas sebagai ADO ini merupakan antara pengalaman paling berharga dalam hidup saya. PTD mengajar saya displin, mengubah pemakaian saya, character saya dan kengkawan saya. Kalau masuk kampung, ADO ni disambut dengan kompang, hahaha… memang Prestij. Saya pernahlah merasa jadi MAGISTRATE, hohoho.  Meeting dengan Dato’, dengan YB, dengan V.I.P. … kalau nak diceritakan kat sini panjang tak habis sampai esok pagi. Kalau kita ader kesempatan berjumpa duduk minum teh, kita boleh borak panjang…. Jika difikirkan kembali… kadang-kadang saya macam percaya tak percaya jerrr  saya pernah memegang jawatan sebagai ADO…

 

MLM Pertama saya…. Pelaburan Internet

Actually syarikat pertama saya bukanlah MLM sebenarnya. Tapi saya sedar semua itu selepas terkena dan rugi berpuluh ribu. Jika anda masih ingat zaman Em pay, WinliFund, AbFund, SwissCash. Ini lah antara 3 company pertama saya. Saya betul-betul down ketika itu apabila kerajaan mengharamkan semua syarikat tersebut. Yalah, modal untuk melabur saya ambil dari syarikat trading saya. Bila tiba-tiba closed, terduduk kejap. Pening kepala nak rolling. Itu satu hal, belum lagi nak menjawab kat kengkawan yang turut join sebab saya ajak melabur. Memang disaster. Modal sendiri tak dapat, saya kena kuar duit sendiri ganti duit diorang.

Tapi saya masih tak menyesal lagi, selepas itu saya upgrade sikit, kononya melabur internet tiada Agreement, saya join pula satu company, Stromberg. Tak banyak, saya melabur dalam rm15,000.  Hahaha walaupun ada agreement, ada akd jual beli.. sama penipu jugak. Tipah tertipu lagi. Orang kata kalau jatuh lubang sekali takper, tapi kalau jatuh kat lubang yang sama 2 kali bodoh!!! Memang saya silap. Tapi kalau tak jadi semua ini, I will never learn. There are NO shortcut to Success.  Walaupun dah banyak jadi kes syarikat pelaburan penipu macam ni, masih ramai lagi yang join. Kenapa? Jangan pelik, manusia ada satu sifat “Tamak” dan “Malas”. Mana ada duit dapat senang-senang jer dalam dunia ni. Bagitahu saya siapa tokoh-tokoh atau bilionnaire yang berjaya seperti Donald Trump, Robert T Kiyosaki, Lim Goh Tong, Tan Sri Mokhtar Al Bukhari yang dapat berada pada kedudukan mereka sekarang tanpa USAHA? Dengan Skim Cepat Kaya? Tanpa Gagal? Kurang-kurang tempoh untuk membina perniagaan yang stabil ambil masa 2 tahun. Mana boleh nak kaya 3 bulan?

Forex… trading dengan company ManFinancial….

Selepas itu saya diperkenalkan pula dengan Forex. Memang ada kawan saya yang hidup dengan main Forex. Saya cuba melabur, kejap-kejap kena tambah equity.. sedar tak sedar 3ok habis. Waduh waduh… Sejak itu saya NEKAD untuk tidak lagi join apa perniagaan yang berbentuk pelaburan internet atau forex. Tapi saya jumpa balik  geng2 Forex selepas beberapa tahun,  tak ramai pun yang betul-betul senang! Hidup biasa-biasa.  Memang kita pernah dengar ada yang jutawan trading forex tapi peratusnya amat kecil. Bayangkan bank yang ada modal billion pun boleh rugi, inikan kita modal seciput. Uncertainty terlalu tinggi.. risiko forex pun sangat besar. Tambahan pula dalam paper dah pernah keluar pasal hukum main Forex. Ustadz Zaharuddin dalam web beliau juga ada beri komen tentang hukum pelaburan dan forex ini. Saya tak nak ulas lanjut pasal hukum sebab saya bukan orang yang ahlinya, anda boleh rujuk sendiri.

My Lesson………

Tapi yang pastinya saya dapat satu prinsip, Mana ada plan 5D dalam dunia ni… Duduk Diam Doa Dapat Duit? I learned my lesson the hard way. Orang Bijak belajar dari Pengalaman Sendiri, Orang Bijaksana Belajar dari Pengalaman Orang Lain!

..

Satu sifat saya , i never give up. Saya tak pernah berhenti mencari peluang. Kawan-kawan pun hairan. Semalam baru rugi belas ribu, hari ni saya dah cerita pasal bisnes lain. Macam tiada apa yang terjadi. Saya tak suka meratap cerita kegagalan semalam. Saya tak pernah menyalahkan upline, kawan atas kegagalan atau kerugian saya. Saya tidak berjaya kerana salah saya. Saya buat keputusan yang tidak betul. Saya belum cukup ilmu, pengalaman, dan tak cukup rempah ratus untuk Success. Gagal bagi saya biasa. Lagi banyak kali gagal lagi bagus. Banyak belajar. Kegagalan menjadikan kita lebih Matang.

SIAPA KITA SEMALAM TIDAK PENTING, SIAPA KITA HARI INI IALAH ATAS APA YANG KITA BUAT SEMALAM, SIAPA KITA AKAN DATANG BERGANTUNG ATAS KEPUTUSAN DAN APA YANG KITA BUAT HARI INI.!

ITU YANG PENTING!

KITA TIDAK BOLEH MENGUBAH SEJARAH, TETAPI KITA BOLEH PILIH APA KITA NAK JADI , SIAPA KITA NAK JADI ESOK, MINGGU DEPAN, TAHUN DEPAN? 10 TAHUN LAGI? KITA PILIH.  SEMUANYA BERGANTUNG ATAS APA KITA BUAT HARI INI!

“Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam”


 

 

My First Real MLM business Company…

Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya, Dia mendengar doa saya yang amat dahagakan Kejayaan, Saya ditemukan dengan pasangan Abang Omar dan Kak Bib. Mereka ini antara Leader Hebat dalam dunia MLM Malaysia. Abang Omar berhenti tugas sebagai Guru Besar dan Menjalankan Perniagan MLM secara sepenuh masa. Saya join syarikat mereka ketika itu, Worldwellness. Syarikat ini ditubuhkan oleh Dr Nordin jika anda biasa tengok rancangan senaman dulu-dulu time pagi dia biasa keluar tv.

Barulah saya tahu apa itu MLM, bukan senang nak berjaya dalam MLM ini. Tetapi tidak mustahil! Sejak join syarikat ini, setiap minggu mereka datang ke kedai saya buat training. Banyak ilmu yang saya pelajari dari Abang Omar, Ketahanan Diri, Membina Minda Spara Sedar, Kanserlogi, Mengenal Tarikh Lahir, Irisdologi. Beliau merupakan antara Sifu saya yang paling saya hormati. Seorang yang Tenang dan Tidak banyak bercakap melainkan bila dah naik sheikh. Kalau dia bagi Motivasi macam nak terapung saya rasa.

Buat pengetahuan anda worldwellness ini company conventional, plan matahari. Amway, shaklee, tupperware hampir semua international company yang bertahan berpuluh tahun di dunia semua conventional company. Ada maintenance. Tetapi plan conventional ni makan masa nak naik. Biasa 3-5 tahun. Baru boleh dapat Residual Income tiap-tiap bulan. Selama 8 bulan, setiap minggu saya buat meeting di kedai, hantar beribu-ribu flyers, bagi talk di sekolah-sekolah, bukak booth di pameran dan pelbagai lagi aktiviti sepanjang dengan abang omar. Tetapi bonus tak besar mana. Paling tinggi cek saya pernah dapat bersama dengan worlwellness rm7000, itu pun hanya sekali dalam setahun. Macam mana cek saya dari biasa rm1000 tiba-tiba pergi rm7000? Kita main plan belas ribu. Guna pinjaman dari MARA atau Bank. Sama macam SYARIKAT XXX . Plan asal syarikat leader ubah jadi Plan yang saya panggil Beli Pangkat! Betul plan ni boleh cepat dapat duit, tapi takkan tahan lama. Susah nak duplikasi. MLM sepatutnya mengurangkan liabiliti atau hutang anda bulan-bulan, bukan menambah liabiliti anda dengan pinjaman! Saya ada terangkan mengenai ciri-ciri  syarikat MLM yang perlu ada dalam post ” DALAM BERIBU-RIBU SYARIKAT MLM, MENGAPA MONAVIE?”  Selepas baca post tersebut anda akan faham maksud saya. Saya faham jika ada yang terasa atau tidak suka dengan statement ini, saya ingatkan balik, ini ialah blog saya, this is my story, my experience and my opinion. Jika anda tidak suka boleh berhenti klik pangkah kat atas belah kanan.

Walaupun tak dapat income 5 angka bersama Worldwellness, saya banyak belajar sepanjang tempoh ini. Jangan pandang duit sebagai HASIL utama dalam MLM, Duit akan datang dengan sendirinya selepas anda dapat kriteria equation di bawah:

ILMU + YAKIN + IMPIAN + USAHA + FRIENDSHIP + SKILL + FAILURE + REJECTION + DOA = SUCCESS (DUIT)

 


Tapi yang bestnya, dengan bantuan Abang omar dan kak bib, saya dapat pergi Insentif Melancong bersama syarikat Worldwellness ini ke Korea. Hahaha best! Kalau tak buat MLM ntah bila la nak merasa pergi ke luar negara? Umur saya  around 27  masa nih. Ni gambar masa kat korea… All sponsored seminggu.. FREE!

 

Lotih menulis ni… nanti saya sambung balik..!!!!!!!!!!!!!!!!!! pengalaman bersama i-charge, i-intelligent, dan beberapa company mlm lain


41 Responses to ZoNaN Story

  1. ayon says:

    ko memang hebat nun…

  2. zonan says:

    Segala puji hanya bagi Allah. Dalam MonaVie sesiapa pun boleh jadi Black Diamond yon.. soal nya NAK atau TIDAK sahaja. Tahun depan kita pasang target jadi Black Diamond pertama di Malaysia.. amacam?

  3. rosman ab rahman says:

    bagus zul. nak meleleh air mato bila baca kisah kau. den NAK!

  4. Nordin Azizam says:

    Nun….abg rasa kalau bukan kau yg sponser dulu, tak ingin rasanya nak berkecimpung dalam MLM ni. Maklumlah ego dengan dunia sendiri. Syabas………

  5. zonan says:

    hehe bang din, abang skrng dah jadi STAR! Bakal Jutawan MonaVie. MonaVie belum ader Leader besar. You are one of them!

  6. Nordin Azizam says:

    Pertamanya Abg ucap syabas pda kau sb berjaya ubah pendirian abg ttg MLM ni.Dulu bila sebut MLM je dah menyampah…maklumlah tak ada ilmu masa tu,Skg alhamdulillah banyak ilmu yg abg belajar dari Dzul………..Abg yakin sgt satu masa dan ketika kita akan berjaya dlm MONAVIE ni,Insyallah

    • zonan says:

      Bagi saya bang, perjalanan kita dalam bisnes MonaVie umpama satu perjuangan. Jihad ekonomi. Ramai lagi org di luar sana yg inginkan peluang tetapi tersalah pilih syarikat. Lantas menyalahkan MLM! Tanggongjawab kita untuk memberi kesedaran ini. Ramai orang yang join syarikat MLM semata-mata kerana Marketing Plan lantas mengabaikan kekuatan syarikat dan produk. Perbezaan dengan MonaVie, kita ada syarikat bertaraf dunia, Produk yang amat berkualiti dan berkesan. Baru menyusul dengan Plan Pemasaran. Kita adalah Product Based Company. Kerja kita jual MonaVie. Kita pergi dengan produk. Biar Produk yang bercakap. MLM cuma satu sistem pemasaran tanpa perlu melibatkan pemborong dan peruncit. Pengguna perkenalkan pada Pengguna lain. Inilah MLM yang sebenarnya. Jaringan pengguna. Saya pasti suatu hari nanti majoriti masyarakat dapat memandang MLM dari sudut yang POSITIF. Ketika itulah nanti mereka akan sedar KEKUATAN MONAVIE!

  7. nordin says:

    setuju Nun….apa pun ttp jalan

  8. khairul azmi karim's says:

    tahniah!

  9. Wan says:

    Band ada sambungan no. 2 tak?

  10. Wan says:

    Ceritala sambungan i-charge, i-intelligent dan lain2…. berminat nak dengar ni…..

  11. shah monavie says:

    baek bang story mory ni..tahniah!

  12. Izzo Vie says:

    Bak kata sahabatku I`AM MONAVIE… tahniah!!

  13. casteroi2000 says:

    bang zonan…
    entah laa..say mlom ni ssh nak percaya pasal dah tekena sekali..cakap bak merak menegmbang tapi habuk pun xde..sekarang nak bermodalkan 400 pun ssh sbb saya dah terkena 4000….cam ner tu..saya mmg minat mlm dulu sbb saya tau 3 perniagaan yang leh wat org jadi kaya denagn pantas salah satunya mlm…cuba abg bg saya kekuatan yang maksimum kenpa harus saya pilih monavie…jagn sebelum masuk jnji yang terbaik bila dah join col pun xagkat…cm ner tu

    • Kejayaan dalam MLM ialah bergantung kepada keinginan ANDA. casteroi2000. Jangan salahkan org lain jika Anda tidak berjaya. Muhasabah diri. Mulakan dengan niat yg betul. Belajar. Tiada org boleh menghalang ANda dari berjaya. Jangan sebab upline tak angkat tel contohnya itu sebab anda GAGAL. Pastikan u ada ATTITUDE yg betul. Kejayaan pasti dalam genggaman. Jika belum bermula sudah ada mentaliti sebegini.. sudah tahu akhirannya. Jangan tanya apa upline boleh bagi.. APA KOMITMEN YG ANDA BOLEH BAGI?. APA YG SANGGUP ANDA KORBANKAN? BOLEH DATANG MEETING SETIAP MINGGU UNTUK BELAJAR? Ini ialah bisnes setiap individu. BUKAN BISNES UPLINE ANDA!!!! Orang yang berjaya dalam MLM ialah orang yg INDEPENDENT dan cepat belajar. Jangan risau dengan komitmen saya terhadap MonaVie dan SMG. Renung-renungkanlah.

  14. Wan says:

    Baek. Boleh baco kisah seterusnya Episod 2 keh keh keh….

  15. kak ann says:

    a’kum,ya allah sernokye bce tntang zonan story.akak x pernah buka blog ni.naik bulu rome.selama ni akak tcari-cari semua ni.sesuatu yg boleh mnbahkan EQ akak.tq tq cara zul byk mmbantu akak utk terus btahan dlm monavie.x slh tagapn akak pd zul kali prtama akak jumpa ntn tengok zul bercakap dgn downline kak ina (indra n kwnye) dluar HQ mse zul x kenal akak pun.ape pun akak harap zul x jemu bimbing nturunkn ilmu pd akak.akak NAK CEMERLANG dlm monavie.ops x leh smbang lg time dh ckp akak nk amik bdk skolah.by nnti smbang lagi.

    • Terima kasih Kak Ann. Saya amat gembira jika kisah saya dapat memberi inspirasi kepada akak. Suruh downline dan network akak masuk blog SMG untuk ILMU. Dengan Ilmu insyallah ramai yang boleh bertahan dan istiqamah. KEJAYAAN PASTI DATANG. GO DIAMOND AND BEYOND!!!!!!!

  16. top says:

    memang aku nak wat monavie tapi bagi alasan kenapa aku wat dgn kamu….

    • haha TOP terpulang dekat kamu.. sendiri fikir mana yg terbaik. Pilihan di tangan kamu. Mungkin jawapan saya untuk soalan TOP ialah begini
      ” Kenapa kamu perlu buat dengan saya ialah kerana saya tidak kisah pun jika kamu tidak buat dengan saya”
      Kita tidak perlu memujuk orang atau merayu.. itu prinsip saya. Tetapi saya akan pastikan yg terbaik untuk ahli SMG. Saya akan Pastikan SMG will be THE BIGGEST GROUP IN ASIA. Insyaallah.

  17. ciksal says:

    Penuh emosi bila saya baca kisah zonan ni………..rupanya kisah zonan ni seakan sama dengan saya. Cuma saya tak join icharge, i intellligent dan apa-apa entah i lagi. Saya seakan serik ditipu…pernah masuk swisscash…rm1k jugak la hangus. Empay pun sama………la ni nak join mana-mana mlm pun dah macam serik dah. Tapi impian untuk jadi kaya masih menebal tambah sekarang ni dah x der kerja sebab nak buka restoran,,last2 restoran tutup sebabnya kena dengki dek orang yang khianat….huhuu….so, terjumpa bog ni masa search bisnes apa yang bagus…rasanya hati saya terbuka balik nak buat mlm..cuma modal belum cukup

    • Alhamdulillah.. saya bersyukur sewkiranya kisah saya dapat membantu cik sal. Sekiranya cik sal berminat untuk memulakan Perniagaan MonaVie.. hubungi saya.. kerana orang yg biasa Gagal dan tidak pernah berputus asa ialah sahabat saya. Kita boleh berkawan baik nanti. Ahaks.

  18. Hazwan says:

    Ya… Sama seperti saya…. sebelum ni join bisnes fastrack tapi tak jadi …. habis beratus-ratus ringgit….. pernah dipelawa masuk luxor, uptrend, i-intelligent, flask dan sebagainya tapi tak nampak potensi dia…. tapi dengan monavie saya rasa yakin sebab produk sendiri bercakap… sampai tak menang tangan menjualnya…. go monavie go!

  19. Hazwan says:

    Ya… Sama seperti saya…. sebelum ni join bisnes fastrack tapi tak jadi …. habis beratus-ratus ringgit….. pernah dipelawa masuk luxor, uptrend, i-intelligent, flask dan sebagainya tapi tak join sebab tak nampak potensi dia…. tapi dengan monavie saya rasa yakin sebab produk sendiri bercakap… sampai tak menang tangan menjualnya…. go monavie go!

  20. Hazwan says:

    Abang tolong delete yang pertama ngan yang ini yo….yang no 2 tinggalkan yo… ingat facebook tadi… hehe

  21. ayon says:

    Nun…aku bersyukur sangat sebab dapat leader yang hebat seperti ko…you inspire me to become a better person….ko tak pernah jemu2 menasihat dan memberi idea kat kami yang masih merangkak-rangkak dalam perniagaan MonaVie ni……aku harap ko takkan jemu dan memberi tunjuk ajar dan ilmu kat kami ni…semoga kita sukses nun….amin

  22. iwewhe says:

    tanz bang dgn cte abg..terharu sgt bca..msih byk lgi y sy perlu blja utk bjya..rsa bruntung dpt seorg leader y sggup berkongsi pahit mnis khdpan dan sgup bgkgsi pndagn n ilmu utk org2 mcm sy y bru nk bermula…rsa bersemangat n keinginan utk berjaya utk muncul sdri slpas bca kisah abg….tanx sgt2 bang zunun….

  23. JAYazman says:

    baru dapat baca dn bukak blog anda…mmng anda punyai semangat yg tinggi..mmg tk reti mengalah dn punyai azam yg kuat walau pn anda waktu ketika dulu sudah tenggelam dn tersungkur…masih punyai semangat dn azam yg kuat,tidak mudah putus asa…kita ni ibarat roda berputar ada kala kita berada diatas dn ada kalanya kita berada di bwh…teruskn perjuangan brsama..en.zonan..mari berganding bahu sama2 kembangkn group SMG..Jadikan group SMG group trbaik di malaysia dn di asia..

  24. Hazwan says:

    Kejayaan Lebih manis jika dikongsi bersama…….

    • ZoNaN SMG says:

      Thats the true Meaning of Success Hazwan. Berapa ramai org yg berubah kerana kita. Jika Wan buat mengikut prinsip ini dalam bisnes MonaVie, Black Diamond dalam genggaman!!!!

  25. aun says:

    Alhamdulillah…kejayan semakin hampir …thanx Nun…

  26. sholisamsu says:

    So.. Still jd ADO ke??

  27. Murid-SMG says:

    Hampir 1 setengah tahun, sy buat Monavie. This is my first time comment in my Sifu’s blog. Ruangan ni, sy pun x tau brapa kali da di baca, but ruangan ini tetap menjadi pilihan hati walaupun x update. Setiap kali baca, sy teringin jd seperti Sifu. Sy tau sy lmbt, sy ni slow, but Sifu, I promise that I will make you proud. Doakn kejayaan kami di SMG. Semoga kami semua become Diamond this year. Amin. tQ Sifu.

    • ZoNaN SMG says:

      Alhamdulillah.. This is the happiness in MLM especially in MonaVie. Other people success is our success.
      I will be very proud when there are many Ruby executive n above in my groups.
      Bila ada event besar.. saya akan beritahu org lain itu semua ahli SMG yang dapat Recognition.
      Saya akan selalu mendoakan kejayaan semua ahli SMG.
      Lambat atau cepat tidak penting.. itu rezeki. Apa yang paling penting ialah KETAHANAN.
      Good Luck Guys… I will give my best to help you all.. Love.. ZoNaN

Tinggalkan Komen dan Pendapat Anda di sini !!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: